andainya LELAKI tahu ~
Thursday, January 6, 2011 | 11:02:00 AM | 0 comments
andainya lelaki tahu . .
dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk disayang
ada rasa untuk diberi perhatian .
ada rasa untuk diberi keluh kesah
ada waktu waktu minta ditemani kesedihannya . .
andainya lelaki tahu . .
rajuk seorang perempuan minta dipujuk
marah seorang perempuan perlu didekati
sedih seorang perempuan harus didengari
gembira seorang perempuan ingin dikongsi . .
andainya lelaki tahu . .
disebalik seribu satu rasa itu ,
ada sekeping hati nan lembut
bukan untuk dimanjai
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh . .
kerana andai lelaki tahu . .
hati ini sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan
wujudkah cinta itu dihati lelaki ?
bila disaat jauh tanpa perkhabaran ?
sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini
cintailah seseorang itu kerana hatinya
bukan paras rupa semata mata .
sayang saya kerana ini adalah saya !